Monday 19 March 2012

Hye2 Orang Utara.!

Eh entry kali ni ape kena mengena dgn org utara ek.? Korg rase ape.? Mane yg frenz kat FB o Twitter aku mst dorg taw punye..ok,mane yg xtaw meh cni aku nk cter..Actually,aku di tugaskan utk posting/praktikal di Hospital Besar Pulau Pinang x lame lagi..x lame lagi tue bile.? Start 02.04.2012 ni sampai lha bulan 6..

2bulan kowt aku kat sane..Ikut ati mmg aku x nak g..tapi nak x nak,study punya pasal terpaksa la pergi..Nampaknye,terpaksa lha berjauhan dgn yg tersayang,terpaksa tgglkan kawan2,dan terpaksa hidup berdikari..


Mula2 aku dpt berita yg aku akan  posting/praktikal di Hospital Besar Pulau Pinang, aku terus text mak aku..tapi syg dia x balas..aku da taw kenapa..lepas sorang-sorang ank dia jauh dari dia..nak buat mcm mane,masing-masing ade komitmen sendiri..bukan nk jauhkan diri tanpa sebab..

Tapi aku tahu yg mak aku faham sume tue..Cuma berat hati dia nk lepaskan anak dia ni pergi..Minggu lepas aku sempat luangkan mase dgn family..Macam2 aktiviti yang ktorg buat..Mmg x sia2 lha aku balik mggu lepas..Plan mggu ni nak balik lagi..tapi x sure jadi ke tak..

Harapan.? Hope di sane nnt aku dapat lha hidup berdikari seperti orang2 lain di luar sane..Susah tue mmg susah lha kan..Tambah2 org yg bnyk songeh mcm aku ni..Kalau ade jea bnda x kena,mula la membebel  je mulut x berenti2...HAHAHAHAHAHAHA

Selain tue jugga,aku harap agar aku dpt jalankan tugas aku sbg Student Nurse di sane dgn cemerlang,dan aku harap sngt2 dapat menyelamatkan nyawa setiap pesakit yg aku jaga..mgkin bg korg bnda ni nmpk senang kan.? Tapi korg x rase betapa gembira dan betapa bertuah nya bile kite dpt selamatnya nyawa seorg insan..


Ok lha,mane2 org utara yg tgah bace entry aku kali ni,jgn lupe contact kat Fb n Twitter yea..mane taw kalau ade rezeki boleh jumpe korg sume..org ckp,berkawan bia beribu,berkasih biar satu..hahahahahahha..SALAM...

Mr.Dolphin

Thursday 15 March 2012

Jodoh

Semua itu ketentuan ALLAH yang Maha Esa..Walau sehebat mana pun Cinta kita pada seseorang,tetapi jika Cinta itu bukan jodoh kita,terpisah jua akhirnya..

Terima lah sesiapa pun Jodoh kita kerana ALLAH telah berjanji,lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik..

Sebagai hamba-Nya,berusahalah untuk menjadi yang terbaik kerana disebalik kepahitan itu pasti terselit jua sebuah kemanisan..

ALLAH jadikan manusia itu berpasang-pasangan..Jika tidak bertemu di dunia,pasti di Syurga akan berjumpa..Berdoalah agar dipermudahkan urusan di Dunia dan juga di Akhirat kelak..Aminnn

Mr.Dolphin

Thursday 1 March 2012

Mencuba Untuk Belajar Segalanya

Aku belajar melupakan seseorang yang lupakan aku..

Aku belajar memaafkan semua yang menyakiti aku..

Aku belajar menjadi yang terbaik untuk orang yang aku sayangi..

Tapi satu yang tidak mampu aku pelajari adalah..

Aku harus tersenyum disaat orang yang aku sayangi menyayangi orang lain.!

:')  :')  :')

Mr.Dolphin

Monday 20 February 2012

Berbicara Tentang HATI

:JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN,
(¯` biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN..

::JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN,
(¯` mengalirlah ia dengan KEJUJURAN..

::JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI,
(¯` warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN..

::JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN,
(¯` sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN..

::JIKA HATI DILUKAI,
(¯` sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN..

;))  ;))  ;))

Mr.Dolphin

Wednesday 18 January 2012

Selamat Malam Cinta

Ohh Cinta...
Tiada beza pada hari ini,
Matahari masih menyinar,
Burung-burung masih menyanyi,
Dan yang paling penting,
Kau masih tetap kumiliki..

Selamat malam Cinta,
Kan kuselimutkanmu dengan kasih sayangku,
Moga mimpi indah di malam mu...

Malam ini,
Dengan beralaskan Rindu,
Berbantal kan Cinta,
Berselimut kenangan,
Kan ku pejamkan mata...

Ohh bulan,
Dendangkan lha lagu buat diriku dan juga buat dirinya,
Lenakan lha tidur kami berdua,
Agar berputik dan bertambahnya Cinta di keesokan harinya...

...Selamat Malam Cinta...

;))  ;))  ;))

Mr.Dolphin

Tuesday 27 December 2011

Hargailah Cinta

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu...

Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sajja kerana...

Ia akan sakit di sebabkan bisa ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak harapan kepada seseorang...

Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu sajja kerana...

Ia akan terluka oleh kenangan bersamamu, dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

:')  :')  :')

Mr.Dolphin

Wednesday 21 December 2011

Cinta itu B.U.T.A.???

YUPPP.!!! Cinta itu buta sebab Cinta tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan Sang Pencinta meskipun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi kegelapan tersebut..

Cinta tidak boleh dipaksa, dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang dan langit. Terlalu banyak yang bercahaya indah dan sangat jauh untuk menggapainya. Begitu jugga dengan cinta,terlalu sukar untuk dihargai apalagi untuk dicintai..

Cinta letaknya dihati. Meskipun tersembunyi, getarannya dapat rasa di hati. Cinta jugga menyebabkan kita bertindak tanpa sedarkan diri. Sehingga boleh mencederakan diri sendiri..

Tapi,anda jangan berputus asa dengan Cinta. Bahagia lha dulu dengan dirimu,sahabat2mu,keluargamu,dan orang yang terdekat denganmu kerana,Cinta itu akan wujud tanpa kita sedari..

Yang perlu anda tahu,Cinta itu bukan lha menyayangi yang sempurna. Tapi cinta itu menyayangi yang tidak sempurna dan menjadikan nya LEBIH sempurna..

Mr.Dolphin