Wednesday 21 December 2011

Cinta itu B.U.T.A.???

YUPPP.!!! Cinta itu buta sebab Cinta tidak memerlukan cahaya matahari untuk menyuluh jalan Sang Pencinta meskipun jalan itu amat sukar dan berliku. Cahaya hati dan perasaan sudah cukup untuk menerangi kegelapan tersebut..

Cinta tidak boleh dipaksa, dan cinta bukan datang dengan sekelip mata. Cinta bagaikan bintang dan langit. Terlalu banyak yang bercahaya indah dan sangat jauh untuk menggapainya. Begitu jugga dengan cinta,terlalu sukar untuk dihargai apalagi untuk dicintai..

Cinta letaknya dihati. Meskipun tersembunyi, getarannya dapat rasa di hati. Cinta jugga menyebabkan kita bertindak tanpa sedarkan diri. Sehingga boleh mencederakan diri sendiri..

Tapi,anda jangan berputus asa dengan Cinta. Bahagia lha dulu dengan dirimu,sahabat2mu,keluargamu,dan orang yang terdekat denganmu kerana,Cinta itu akan wujud tanpa kita sedari..

Yang perlu anda tahu,Cinta itu bukan lha menyayangi yang sempurna. Tapi cinta itu menyayangi yang tidak sempurna dan menjadikan nya LEBIH sempurna..

Mr.Dolphin

1 comment: